Pameran Jejak Kemerdekaan 2017

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan beberapa program aktiviti sambutan Kemerdekaan bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan bulan kemerdekaan pada ketetapan berikut:

Tarikh: Ogos -September 2017
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama  (PTAR), dan Galeri PTAR

Program Aktiviti :    
1. Pameran Ikhtiar Hidup Usahasama PALAPES  UiTM  dan PTAR  di Galeri  PTAR
2. Pameran Pakaian Seragam Pasukan Keselamatan Negara dan  Arca Bapa Kemerdekaan di Aras 2 PTAR Utama
3. Poster Jejak kemerdekaan
4. Signage 3D perkataan “NEGARAKU” di Aras 2, PTAR  Utama
5. Tayangan video lagu-lagu patriotik, Dokumentasi dan Video Merdeka
6. Get Caught Reading “Merdeka Insta Challenge”
7. Pertandingan Menghasilkan arca Tokoh Pejuang Kemerdekaan
8. Bendera Malaysia di Bangunan PTAR

Pameran @ Galeri PTAR
Pameran Ikhtiar Hidup , Usahasama PALAPES  UiTM dan PTAR
Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan pameran usahasama dengan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UiTM (Palapes UiTM) di Galeri PTAR . Program ikhtiar hidup merupakan satu program yang menekankan ikhtiar dalam proses kelangsungan hidup ketika menghadapi ancaman.  Pameran ini dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada pengunjung terutamanya tentang alat-alat yang telah digunakan untuk program ikhtiar hidup seperti jerat-jerat yang digunakan, tempat tidur (dangau), tempat memasak dll.  Pengunjung juga dibenarkan untuk berselfie di ruang – ruang yang telah disediakan.  Pameran in akan berlangsung sepanjang Ogos dan September 2017.

SELFIE SPOT @ GALERI PTAR
Gunakan hashtag  #merdekauitm #ptaruitm #ptarpalapes #merdeka60

New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 2. Ogos 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komunikasi Dakwah – Ibadat Qurban

0.jpg