Author Archive: psttar

LIBRARY New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 25. Julai 2018

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.
Book – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam
 

Book – Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor

Advertisements

Pameran Lambaian Kaabah

Pameran  Julai  2018

Oleh: Pn. Adlina Abdullah

Tajuk: Pameran Lambaian Kaabah

Ibadah  haji  merupakan  salah  satu  rukun  Islam  yang  dituntut  kepada  setiap  Muslim  yang berkemampuan dari segi material dan fizikal menunaikannya sekali seumur hidup. Amalan haji ini dilaksanakan  saban tahun  oleh  jutaan  umat  Islam  dari  seluruh  dunia.

Haji  yang mabrur yang menjadi  matlamat utama dalam mendirikan ibadat haji dapat dicapai melalui pelaksanaan Ibadah haji yang sempurna.

Objektif utama pameran adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pelaksanaan ibadah Haji. Sehubungan itu, antara intipati pameran Julai 2018 adalah:

  1. PosterPameran Lambaian Kaabah
  2. Poster –poster pelaksanaan ibadah haji
  3. Replika Kaabah
  4. Pendaftaran Haji/ tabung haji
  5. Poster –poster lain berkenaan haji
  6. Buku-buku berkaitan berkenaan haji

Pameran Julai  2018  berlangsung sepanjang Julai 2018. Semoga dengan pameran ini dapat memberi manfaat pada semua warga universiti.

 

New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 14. April 2018

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

Book

EBOOK

Segala maklumat lanjut sila hubungi :
Perpustakaan Sains & Teknologi Tun Abdul Razak,
menerusi talian 03-55443809 (Kaunter Utama PST TAR)
atau hadir ke meja rujukan PST TAR,
Aras 3, Menara 1,
Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam.